Friday, May 8, 2009

MINGGU 10

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.

4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat & Langkah/Kemahiran
1) Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3) Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN

· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik
mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK

· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi
tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan
irama.

D) CERAMAH

· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang
pakar.
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik
disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

JENIS-JENIS CERAMAH

· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

MINGGU 8

PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA
A) PENILAIAN KEMAHIRAN LISAN

· Penilaian lisan dibuat untuk mendapatkan maklumat hasil interaksi antara :
- pelajar dengan pendidik
- pelajar dengan pelajar
- pelajar dengan bahan pembelajaran

· Aspek yang boleh dinilai ialah :
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- pemikiran peringkat tinggi
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kecekapan metematik
- gaya persembahan/ kelancaran berbahasa
- pertuturan dan sikap

B) PENILAIAN KEMAHIRAN MENULIS
· Penilaian penulisan dilakukan dengan menilai :
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran data/jadual, graf atau carta.

· Kemahiran yang diukur dalam kemahiran menulis ialah :
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
- mempertahan / menyokong hujah
- menyebar idea / buat rumusan / cadangan

Thursday, February 5, 2009

ISL [MINGGU 5]

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KELIMA)

Jenis Penilaian Bahasa
- Ujian formatif
- Ujian Sumatif
- Ujian Kefasihan
- Ujian Kemajuan
- Ujian Bakat
- Ujian Pencapaian

UJIAN FORMATIF
- Dibina oleh guru untuk menguji kemahiran yang telah diajar.
- Berasaskan kepada sesuatu kemahiran dalam jangka masa yang pendek
- Bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam sub sesuatu kemahiran bahasa.

UJIAN SUMATIF
- Adalah bertujuan untuk menguji pencapaian murid untuk jangka masa yang panjang.
- Isi pengajaran dibina secara meluas
- Kemahiran bahasa yang diuji adalah banyak.

PERBEZAAN UJIAN FORMATIF DAN UJIAN SUMATIF
ASPEK
i) UJIAN FORMATIF [F]
ii) UJIAN SUMATIF [S]

Fungsi
[F]Menguji kemahiran untuk mengetahui kelemahan
[S]Untuk mendapatkan sijil

Masa
[F]Sepanjang masa
[S]Akhir tahun

Penekanan
[F]Kognitif,perasaan,psikomotor
[S]kognitif

Sifat
[F]Terhad kepada tugasan
[S]Esei, struktur

Kesukaran
[F]Berubah-ubah
[S]Senang ke susah (JSU)

Alatan
[F]Dibentuk khas
[S]Ikut Format

Jenis
[F]Rujukan kriteria
[S]Rujukan norma

Pelaporan
[F]Gaggal atau lulus
[S]Jumlah skor

Contoh
[F]Ujian Bulanan
[S]UPSR, PMR, SPM


UJIAN KEFASIHAN
- Menentukan setakat mana seseorang menguasai sesuatu bahasa
- Menilai umum seseorang dalam bahasa yang dipelajari
- Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai.
- dinilai berdasarkan – sebutan yang betul, kadar kelajuan bacaan dengan bahan yang dibaca, intonasi dan nada yang betul, pemilihan ungkapan yang betul, mimik muka yang jelas, posisi tubuh yang betul, kedudukan buku yang betul dan lain-lain lagi.

UJIAN KEMAJUAN
- Digunakan dalam bilik darjah
- Adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Berasaskan objektif pengajaran
- Mengukur dan menilai pelajar menguasai bahan atau perkara yang diajar.
- Membolehkan guru mengetahui dengan jelas kemahuan setiap pelajar.

UJIAN BAKAT
- Mengesan bakat seseorang menguasai sesuatu bahasa asing
- Untuk menelah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran.
- Selalunya melibatkan data-data bahasa yang ”artificial”- mengandungi pelbagai unsur bahasa.



UJIAN PENCAPAIAN
- Menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan, atau isi pelajaran yang telah diajar.
- Soalan-soalan dikemukakan berdasarkan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Boleh diajar pada akhir kursus setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.

ISL [MINGGU 4]

BMM3103 SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
(pembelajaran kendiri minggu 4)


SOALAN OBJEKTIF

· Perlukan pelajar menulis atau memilih 1 jawapan yang betul atau paling baik.
· Dibentuk daripada beberapa bentuk item objektif yang boleh diperiksa secara objektif.
· Contoh ujian objektif :
i. Item jawapan pendek
ii. Item jenis padanan
iii. Item jenis aneka pilihan
iv. Kloz
· Item objektif terbahagi kepada 2 :
a) Item respon bebas (sumbangan)
b) Item respon tetap (objektif pilihan)
- Item aneka pilihan
- Salaptor


A] Item respon bebas (sumbangan)
- Perlukan calon teliti soalan dan tulis jawapan sendiri pada ruang yg disediakan.
- Biasanya jawapan ditulis dihujung soalan / dalam kotak yang disediakan.

B] item respon tetap (objektif pilihan)
- Perlukan pelajar pilih jawapan yang paling betul / tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada 2 atau lebih pilihan,
- Bilangan padanan tidak terlalu banyak.
i. Item aneka pilihan
Ø Tergolong dalam item tetap kerana memberikan tindak balas terbatas.
Ø Jenis2 item aneka pilihan :
a) Berbentuk soalan
b) Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
c) Jenis jawapan terbaik
d) Analogi
e) Antonim
f) Jenis negatif
g) Mengisi tempat kosong
h) Jenis cantuman
i) Teknik kloz

Ø Terdiri daripada 3 bahagian :
i. Stimulus (rangsangan)
- bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan.
ii. Stam
- Bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
iii. Jawapan pilihan
- Bahagian soalan yg biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah, jadual dll.




SOALAN SUBJEKTIF

- Def : satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
- Terbahagi kpd 2 jenis :
a) Struktur
b) Esei

A] Struktur
- Disusun dan diatur secara sistematik
- Terbentuk daripada 1 atau 2 bahagian – jawapan ada beberapa patah perkataan.

B] Esei
- Gerak balas dalam tulisan dengan guna perkataan sendiri
- Boleh ukur peringkat kognitif yg tinggi
- Tindak balas yang diberikan bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.

- Prinsip
i. Perlu semak sukatan pelajaran sebelum soalan dihasilkan.
ii. Arahan mesti jelas
iii. Soalan ditulis secara padat dan jelas
- Jenis2 soalan esei :
a) Item tindak balas terhad (TBT)
- Membataskan isi dan bentuk tindak balas
- Dihadkan kepada had dan topik tertentu
- Berupaya mengukur aras kognitif
b) Item tindak balas lanjutan (TBL)
- Memerlukan pelajar berfikir dgn lebih lagi

ISL [MINGGU 3]

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KETIGA)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

* Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
- Merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
- Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan
paksi aras kemahiran ( melintang)
- Kandungan topik-topik pengajaran
- Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
- Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa
mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
- Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.


* Bentuk-Bentuk Ujian
-Objektif
-Esei
-Amali
-Kertas Khusus (dll)

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
- Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

- Kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

- Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik
dan aras kemahiran.

- Menentukan perseimbangan antara topik dan aras-aras kemahiran yang diuji.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

1) Langkah Pertama
- Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

2) Langkah Kedua
- Tentukan soalan yang hendak dibina
- Objektif
- Jumlah soalan bagi setiap topik.

3) Langkah Ketiga
- Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan
Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

4) Langkah Keempat
- Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).

5) Langkah Kelima
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
- menentukan aras kesukaran soalan
- penetapan markah

6) Langkah Keenam
- Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk.

ISL [MINGGU 2]

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KEDUA)
TAKSONOMI DAN DOMAINNYA


- Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaaan sifat organisma itu. [Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) ]

- Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisa bidang-bidang pendidikan.
- Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor.
- Terdapat tiga domain utama dalam
pendidikan iaitu :-
Ø Domain Kognitif
Ø Domain Afektif
Ø Domain Psikomotor
Ø Domain kognitif melibatkan perkembangan pemikiran pelajar.
Ø Domain afektif melibatkan perkembangan sikap dan nilai pelajar.
Ø Domain psikomotor melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.


DOMAIN KOGNITIF
- Domain kognitif membincangkan pengingatan semula atau pengecaman pengetahuan dan perkembangan kebolehan intelek dan kemahiran.
- Objektif kognitif berubah-ubah daripada mengingati kembali dengan mudah bahan-bahan yang telah dipelajari hinggalah kepada menggabung serta mensintesiskan idea dan bahan baru dengan cara yang asli dan kreatif.
- Domain yang membincangkan pengetahuan seperti mengenal fakta-fakta, perangkaan, teori-teori dan kefahaman.
- Merupakan domain yang utama berkaitan dengan kebanyakkan perkembangan pengujian masa kini.

APA ITU TAKSONOMI BLOOM?
- Menitikberatkan aspek kognitif atau pengetahuan.
- Bercorak hierarki (tahap rendah ke tahap tinggi).
- Membuat soalan pelbagai aras untuk menguji tahap berfikir pelajar.

ARAS TAKSONOMI BLOOM
1- Pengetahuan
2- Kefahaman
3- Aplikasi
4- Analisis
5- Sintesis
6- Penilaian

PENGETAHUAN
- menguji kebolehan calon mengingat kembali fakta asas istilah, erti, hukum, definisi, tarikh, tempat dan nama yang telah dipelajari.

- Perkataan yang biasa digunakan dalam soalan berperingkat pengetahuan ialah namakan, berikan, nyatakan, senaraikan, siapa, apa, bila, mana dan sebagainya.

KEFAHAMAN
- Menguji kebolehan calon menterjemah, memahami,dan mengintepretasikan fakta asas, konsep, prinsip atau bahan yang telah dipelajari.

- Perkataan yang biasanya digunakan dalam soalan berperingkat kefahaman ini ialah terangkan, huraikan, ringkaskan, nyatakan, tukarkan, tuliskan, jelaskan, mengapa dan sebagai.


APLIKASI
- Peringkat aplikasi menguji kebolehan calon menggunakan fakta asas, konsep, prinsip dan kemahiran yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah.

- Perkataan yang biasa digunakan ialah bagaimana, selesaikan, carikan, kirakan, gunakan, huraikan dan sebagainya.

ANALISIS
- Peringkat ini menguji kebolehan calon membuat perbandingan dan menghuraikan faktor-faktor perbezaan, kesamaan dan perhubungan.

- Perkataan yang biasa digunakan ialah bandingkan, bezakan, menganalisis, mencerakinkan, mengasingkan, membahagikan dan sebagainya.

SINTESIS
- Menguji kebolehan calon menggabungkan, mengintegrasikan atau mencantumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang dianalisis melalui prinsip induksi atau deduksi.
- Perkataan yang biasa digunakan ialah rumuskan, membuat keputusan, membuat kesimpulan, bentukkan, ciptakan, rekakan, gubahkan, integrasikan, gabungkan dan sebagainya.

PENILAIAN
Merupakan peringkat tertinggi dan digunakan untuk menguji kebolehan calon membuktikan mengesahkan, memberi pendapat atau hujah, mengkritik, memberi komen dan menilai sesuatu penyataan, ciptaan, karya, prinsip, teori dan sebagainya.


APA ITU TOKSONOMI KRATHWOHL?

- Diasaskan oleh, David R. Krathwohl
- Merupakan bidang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap.
- Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik.
- Pembelajaran dapat dijalankandengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

PENERIMAAN
- Berhubung dengan kemahuan pelajar untuk memberi perhatian.
- Tindakan pelajar mencerminkan satu kesedaran atau perhatian terhadap ransangan dan peristiwa atau persekitaran yang berhubung dengan domain afektif.
- Konteks pengajaran menekankan kepada kebolehan mendengar, menanyakan soalan, mengenal bahagian-bahagian ayat dan menjawab dengan lengkap.

Terdapat tiga perkara berhubung dengan aras
ini iaitu :
(a) Kesedaran - pelajar dikatakan sedar dengan objek atau peristiwa jika berlaku semasa kehadiran mereka.
(b) Kesudian untuk menerima - sesuatu pengajaran harus disampaikan di dalam satu suasana atau keadaan yang bermakna dan menarik.
(c) Perhatian yang terkawal atau terpilih – pelajar membezakan keseluruhan keadaan kepada 2 bahagian atau kepada bahagian-bahagian komponen dan kemudian memilih satu daripda aspek tertentu dan terus memberi perhatian


GERAK BALAS
- Melibatkan diri secara aktif terhadap sesuatu dan mendapat kepuasan daripadanya.

- Pada aras ini, pelajar bersedia dan rela untuk membuat reaksi yang mudah terhadap sesuatu objek atau situasi.

MENILAI
- Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
- Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika kepercayaan itu boleh dipratikkan.

ORGANISASI
- Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
- Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai digunakan.
- Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.

ISL [MINGGU 1]

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU PERTAMA)
KONSEP PENILAIAN,PENTAKSIRAN DAN PENGUJIAN

PENTAKSIRAN
o Merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktivit menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan.

Definisi Pentaksiran
o Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Tujuan Pentaksiran
o Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi sesorang dalam pembelajaran.
o Menilai aktivit yang djalankan semasa p&p.
o Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang p&p.
o Memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

Ciri-ciri Pentaksiran yang Baik

o Keobjektifan – ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawapan.
o Kebolehtadbiran – kelicinan dan kerja2 susulan yang dilaksanakan secara berpusat @ berasaskn sekolah
o Kemudahtafsiran – maklumat tentang calon berdasarkan skor, mendiskriminasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran.
o Kekomprehensifan – mengandungi soalan2 yang mewakili semua objektif yang penting.

PENILAIAN
- satu aktiviti atau proses yg bersistematik bagi mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran.
- Terdapat dua proses penilaian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.

Penilaian Formatif
- Ialah untuk mendapatkan maklum balas berhubung dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru dan pembeljaran oleh murid.
- Maklum balas ini akan memberi petunjuk2 kejayaan p&p serta kelemahan2 murid untuk diperbetulkan.
- Oleh kerana penilaian formatif ini brtujuan utk mmbntu dan mmprbaiki proses p&p, kputusan pnilaian biasanya x dgunakan utk pmeringkatan atau prbndingan di antara sseorg mrd dgn mrd lain.
- Brtujuan utk mengesan scr mnyeluruh taraf pncapaian mrd di akhir sstu pmblajaran.
- Mtlmt utma penilaian jns ini ialah utk mmberi mrkah atau gred kpd sseorang mrd spy dpt mmbndingknnya dgn mrkh mrd lain dlm kumplnnya.

Cara Melaksanakan Penilaian
- Trdapat dua cara mlksanakannya :
Informal
- Spt pmerhatian, soal jawab lisan atau kuiz.
Formal
- Spt ujian pensel dan kertas.
- Dlm ujian pensel dan kertas pelbagai jns soalan hndklah dgunakan.
- Smua aspek prkmbgan mrd yg mrangkumi bdg2 kognitif, efektif dan psikomotor akn dinilai slaras dgn khndak kmponen2 kurikulum.
- Semua aktviti penilaian hdklah direkodkan spy pnganalisaan prestasi mrd2 dpt dibuat dan krja2 susulan dpt drncangkn.
- Dua jns rekod perlu dsimpan bg setiap org mrd, iaitu rekod prestasi dan rekod profail.
- Rekod prestasi akn mnnjukkn pncapaian & rkd profail akn mnnjkkn prkmbgn pmbljrn srta minat ksluruhan mrd2 dari smasa ke samasa.


PENGUJIAN
• Tuckman (1975) – ujian ialah satu jenis atau kumpulan alat pengukuran yang biasanya digunakan untuk mengetahui tentang seseorang.
• Gagne (1970) pual mendefinisikan adalah cara yang sistematik untuk mengukur tingkah laku seseorang individu (perkaitan dengan pembelajaran)

KEPENTINGAN PENILAIAN
a) Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada murid-murid dalam perkara-perkara yang hendak diajar.
b) Membantu guru mengetahui sejauh manakah murid-murid mereka telah dapat menguasai atau mempelajari akan apa yang telah disampai.
c) Bertujuan untuk membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah. Ini penting untuk penilaian perpektif pencapaian atau prestasi seseorang individu.
d) Membandingkan tingkat pencapaian pelajar dalam suatu bidang subjek dengan bidang lain.
e) Untuk menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam pencapaian mereka.
f) Untuk membuat jangkaan akan potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
g) Membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

JENIS-JENIS UJIAN BAHASA
a) Ujian pencapaian
b) Ujian penempatan
c) Ujian bakat
d) Ujian diagnostik
e) Ujian formatif
f) Ujian binaan guru