Friday, May 8, 2009

MINGGU 10

PENILAIAN AKTIVITI BAHASA

A) AKTIVITI SYARAHAN

1. Aktiviti jenis ini berformat khusus. syarahan mestilah mempunyai :
(a) Kata alu-aluan/pendahuluan
(b) Kata-kata penghadapan
(c) Isi
(d) Penutup

2. Penerangan dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu
disampaikan secara teratur, mantap, dan berkesan.

3. Isi-isi syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat berserta
contoh-contoh yang relevan. Isi-isi utama perlulah disokong oleh isi-isi
sampingan.

4. Sebagai langkah awal syarahan, sediakanlah suatu rangka penulisan
untuk dijadikan panduan semasa aktiviti syarahan

5. Yang berikut merupakan langkah-langkah yang boleh diikuti untuk
menghasilkan sesuatu syarahan.

Peringkat & Langkah/Kemahiran
1) Persediaan
• Memahami tajuk dan kehendak soalan.
• Mengumpulkan idea / isi-isi penting tentang tajuk syarahan
• Menyusun idea-idea / isi-isi dan membuat rangka syarahan

2) Penulisan
• Menulis perenggan pendahuluan
• Mengembangkan isi-isi secara tersusun
• Menyatakan kesimpulan/penegasan dalam perenggan penutup

3) Penyemakan
• Menyemak ejaan dan tanda baca
• Menyemak tatabahasa
• Menyemak jumlah perkataan


B) PANTUN

· Pantun adalah merupakan satu bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
· Rangkap-rangkap pantun yang ringkas dan mudah, dalam bentuk kias ibarat, usik
mengusik,uji menguji di kalangan masyarakat.
· Seperti perumpamaan, bidalan dan rumus-rumus bahasa tersirat.
· Istilah pantun bagi orang melayu seringkali membawa maksud “umpama” dan “ibarat”
· Pantun juga sering ditukar ganti dengan perumpamaan.
· Dari perumpamaan atau bidalan jugalah rangkap pantun berkembang.
· Mulanya 2 baris, kemudian 4 baris dan seterusnya 8 baris.

CIRI-CIRI PANTUN
· Bentuk yang unik iaitu sifatnya yang profan
· Bahasa bebas dari pantang larang
· Mudah dicipta dan lebih akrab dengan masyarakat bawahan.
· Unsur-unsur persekitaran menjadi ilham


C) SAJAK

· Sajak merupakan satu bentuk puisi lisan moden lebih bebas bentuknya daripada puisi
tradisional seperti pantun dan syair.
· Rangkap dan temanya tidak terhad dan bebas.
· Baris dan rentak dalam sajak tidak terhad.
· Pengarang bebas pilih baris dan rentak untuk hasilkan sajak.
· Penggunaan kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan
irama.

D) CERAMAH

· Ceramah merupakan pengucapan tentang bidang tertentu disampaikan oleh orang yang
pakar.
· Penerangan dan penjelasan tentang perkara yang menjadi perbincangan umum, topik
disampaikan penceramah kepada penonton.
· Ceramah biasanya diadakan di majlis atau di perhimpunan.

JENIS-JENIS CERAMAH

· Ceramah agama
· Ceramah pendidikan
· Ceramah kesihatan
· Ceramah kesedaran dan sebagainya

No comments:

Post a Comment