Thursday, February 5, 2009

ISL [MINGGU 4]

BMM3103 SOALAN OBJEKTIF DAN SUBJEKTIF
(pembelajaran kendiri minggu 4)


SOALAN OBJEKTIF

· Perlukan pelajar menulis atau memilih 1 jawapan yang betul atau paling baik.
· Dibentuk daripada beberapa bentuk item objektif yang boleh diperiksa secara objektif.
· Contoh ujian objektif :
i. Item jawapan pendek
ii. Item jenis padanan
iii. Item jenis aneka pilihan
iv. Kloz
· Item objektif terbahagi kepada 2 :
a) Item respon bebas (sumbangan)
b) Item respon tetap (objektif pilihan)
- Item aneka pilihan
- Salaptor


A] Item respon bebas (sumbangan)
- Perlukan calon teliti soalan dan tulis jawapan sendiri pada ruang yg disediakan.
- Biasanya jawapan ditulis dihujung soalan / dalam kotak yang disediakan.

B] item respon tetap (objektif pilihan)
- Perlukan pelajar pilih jawapan yang paling betul / tepat. Jawapan mungkin dipilih daripada 2 atau lebih pilihan,
- Bilangan padanan tidak terlalu banyak.
i. Item aneka pilihan
Ø Tergolong dalam item tetap kerana memberikan tindak balas terbatas.
Ø Jenis2 item aneka pilihan :
a) Berbentuk soalan
b) Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap
c) Jenis jawapan terbaik
d) Analogi
e) Antonim
f) Jenis negatif
g) Mengisi tempat kosong
h) Jenis cantuman
i) Teknik kloz

Ø Terdiri daripada 3 bahagian :
i. Stimulus (rangsangan)
- bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan itu didasarkan.
ii. Stam
- Bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.
iii. Jawapan pilihan
- Bahagian soalan yg biasanya berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah, jadual dll.




SOALAN SUBJEKTIF

- Def : satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman dan kemahiran.
- Terbahagi kpd 2 jenis :
a) Struktur
b) Esei

A] Struktur
- Disusun dan diatur secara sistematik
- Terbentuk daripada 1 atau 2 bahagian – jawapan ada beberapa patah perkataan.

B] Esei
- Gerak balas dalam tulisan dengan guna perkataan sendiri
- Boleh ukur peringkat kognitif yg tinggi
- Tindak balas yang diberikan bersifat subjektif dan hanya berbeza dari segi mutu atau merit.

- Prinsip
i. Perlu semak sukatan pelajaran sebelum soalan dihasilkan.
ii. Arahan mesti jelas
iii. Soalan ditulis secara padat dan jelas
- Jenis2 soalan esei :
a) Item tindak balas terhad (TBT)
- Membataskan isi dan bentuk tindak balas
- Dihadkan kepada had dan topik tertentu
- Berupaya mengukur aras kognitif
b) Item tindak balas lanjutan (TBL)
- Memerlukan pelajar berfikir dgn lebih lagi

No comments:

Post a Comment