Thursday, February 5, 2009

ISL [MINGGU 3]

PEMBELAJARAN KENDIRI (MINGGU KETIGA)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

* Definisi Jadual Spesifikasi Ujian(JSU)
- Merupakan rancangan persediaan soalan yang dikenali sebagai “ Test Blue Print”.
- Merupakan matrik yang terdiri daripada 2 paksi iaitu paksi kandungan (menegak) dan
paksi aras kemahiran ( melintang)
- Kandungan topik-topik pengajaran
- Aras kemahiran mengikut aras taksonomi pendidikan
- Pemberatan (peratus) pada kandungan aras kemahiran berdasarkan tempoh masa
mengajar dan kepentingan sesuatu pengajaran diajar
- Bilangan item mengikut bentuk atau kandungan aras sesuatu kemahiran.


* Bentuk-Bentuk Ujian
-Objektif
-Esei
-Amali
-Kertas Khusus (dll)

KEPENTINGAN JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
- Mengelakkan sesuatu ujian dibina secara sembarangan.

- Kesahan isi kandungan sesuatu ujian.

- Menimbulkan rasa kepentingan sesuatu topik
dan aras kemahiran.

- Menentukan perseimbangan antara topik dan aras-aras kemahiran yang diuji.

LANGKAH-LANGKAH MEMBINA JSU

1) Langkah Pertama
- Senaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji.

2) Langkah Kedua
- Tentukan soalan yang hendak dibina
- Objektif
- Jumlah soalan bagi setiap topik.

3) Langkah Ketiga
- Tentukan model aras kesusahan / kesukaran item – lazimnya JSU menggunakan
Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

4) Langkah Keempat
- Pastikan jenis ujian yang akan diuji, antaranya ujian objektif, esei, struktur (dll).

5) Langkah Kelima
- Tentukan bilangan soalan bagi setiap komponen.
- menentukan aras kesukaran soalan
- penetapan markah

6) Langkah Keenam
- Menyatakan mata pelajaran- kelas/ susunan nombor soalan mengikut tajuk.

No comments:

Post a Comment